Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Sunday, May 18, 2008

Semua pelajar di IPT sekarang sepatutnya dapat biasiswa



Klik link dibawah untuk artikel penuh:
Biasiswa hak istimewa Melayu

Tan Sri Hanafiah Ahmad,Pengerusi Institut Profesional Baitulmal (IPB)ni baru nak sedar ke? haa!! tu laa..masa time kami duk menjerit sampai nak habis suara minta dikembalikan biasiswa kepada orang Melayu,Tan Sri kemana??

Aku juga baru habis menamatkan study kt sebuah IPTA tempatan dan sekarang terpaksa berhutang dengan PTPTN sebanyak RM7500.00 yang mana itu tidak termasuk dengan bunga lagi tu...kesian kat aku ni... sepatutnya dapat biasiswa RM 7500.00 tapi yang dapat hanya berhutang RM 7500.00 ditambah lagi dengan bunga 4%...dah nasib nak buat macam mana...

Dalam Perlembagaan termaktub sah bahawa orang Melayu kita ni sepatutnya mendapat biasiswa penuh tapi siapa yang meragut segala hak keistemewaan kita ini sehinggakan orang Melayu kita sekarang terpaksa bergadai tanah untuk menghantar anak mereka ke IPT?jikalau begitu apa bezanya orang Melayu yang berpijak di bumi sendiri dengan orang Cina dan India yang pada suatu masa dulu terpaksa meminta beras dari datuk nenek moyang kita dengan hanya membawa tempurung kelapa? semua ini berlaku disebabkan oleh mereka yang mengaku diri mereka membela nasib orang Melayu dan juga membela Raja-Raja Melayu..Siapa?Siapa? UMNO

Biasiswa adalah biasiswa dan pinjaman adalah pinjaman!inilah yang sepatutnya kita dapat!tetapi mahasiswa dam mahasiswi sekarang bukan saja tidak dapat biasiswa malah mereka juga telah dibebankan dengan pinjaman dengan kadar faedah juga dikenakan sebanyak 4%.

Mana Perlembagaan yang sepatutnya dijunjung oleh UMNO?bagi mereka Perlembagaan hanya sekeping kertas yang boleh mereka ubah pada bila-bila masa sahaja.Tiada undang-undang bagi mereka,tiada mahkamah bagi mereka, tiada hakim bagi mereka...yang hanya ada adalah VK Lingam, Vincent Tan, Tun Ahmad Fairuz dan banyak lagi orang-orang yang menganggap undang-undang milik mereka..

aku dah penat memikirkan semua ini.....korang pulaklah yang tolong fikir-fikirkan...