Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Friday, May 2, 2008

Chelsea datang ke Malaysia ?












Mungkin tidak ramai yang mengendahkan kedatangan pasukan
The Blues ini yang pastinya ramai tahu mereka diantara
jaguh utama di English Premier League (EPL).Tetapi
adakah hanya dengan memegang status ini dapat melayakan
mereka untuk menjejakan kaki di bumi Malaysia?
Persoalan ini bersangkut paut dengan dasar dan polisi
Wisma Putra itu sendiri yang mana mereka dari dulu lagi
tidak pernah menghalalkan tanah Malaysia ini untuk tapak
kaki orang Israel kerana orang yahudi
yang dilaknat Allah s.w.t ini sebenarnya tidak mempunyai
sebuah negara pun untuk diduduki dan mereka hanya
merampas hak milik rakyat-rakyat Paklestin sahaja.
Ini menjadikan Israel bukanlah sebuah negara yang
berdaulat dan mereka tidak sepatutnya digelar
sebagai sebuah negara.
Oleh itu adakah oarang-orang yahudi ini mempunyai
kerakyatan untuk memasuki negara lain? sudah tentu
tidak!! kerana mereka ini sebenarnya
hanyalah pelarian yang merempat di negara orang Islam..
tetapi bila kita membuka mata dan melihat apa
sebenarnya yang terjadi di bumi Palestin sekarang
adalah sesuatu yang sangat-sangat menyedihkan,kerana
apa?kerana realitinya orang-orang yahudi yang tidak
kenal asal usul ini sebenarnya tidak merempat tetapi
merekalah yang menjadi raja kepada orang-orang yang
merempat iaitu rakyat Palestin itu sendiri.

Disinilah bermulanya segala-galanya apabila Chelsea
yang terlalu didamba-dambakan oleh
'Timbalan Presiden FAM' itu terdiri daripada 2 orang pelarian yahudi,tidak lain tidak bukan
Avram Grant (coach) dan Tal Ben Haim (gambar diatas)
telah pun dibenarkan untuk memasuki Malaysia oleh
Wisma Putra atas tiket Chelsea yang dikatakan oleh
Menteri Dalam Negeri Syed Hamid Albar
"politik dan sukan tidak wajar dicampur adukan".
Adakah sukan boleh menghalalkan segala-galanya
termasuk maruah kita sebagai orang Islam? bagaimana
pula dengan maruah rakyat-rakyat Palestin sekarang
yang merempat berajakan Yahudi??
ini suatu penghinaan kepada rakyat-rakyat Palestin
sekarang kerana setiap hari darah sanak saudara
mereka tumpah mengalir di bumi sendiri...tapi
malangnya di Malaysia pemimpin-pemimpin kita
dengan mudahnya memberi 2 orang diatas ini memijakan
kaki mereka di Malaysia, sedangkan
Perdana Menteri kita yang terdahulu
Tun Dr. Mahathir sendiri pun
tidak dibenarkan untuk
"tumpang lalu di negara mereka" untuk ke negara
Palestin...inilah pemimpin yang kita pilih...
mudah lupa! kerana mereka tidak pernah
untuk cuba menyelami keperitan saudara Islam
mereka di Palestin.Adakah mereka ingin mengulangi
pristiwa tahun 1997 apabila pasukan
kriket Israel dibenarkan masuk untuk menyertai
satu kejohanan Trofi ICC di Malaysia,walaupun
terdapat bantahan yang telah dibuat
tetapi tiada sebarang sekatan yang dilakukan
keatas pasukan kriket tersebut, malah beberapa
rakyat Malaysia yang mana salah seorangnya
YB Hj. Mahfuz Omar(Ahli Parlimen Pokok Sena)
yang membuat bantahan tersebut
pula yang ditangakap dan disumbat kedalam penjara
selama sebulan...inikah pemimpin kita???
cakap berapi-rapi didepan mengutuk penindasan
Israel keatas rakyat Palestin,
tetapi pada masa sama juga mereka
melupakan kekejaman,kekerasan dan keburukan Israel
dengan memejamkan kedua-dua belah mata mereka hanya
kerana
"politik dan sukan tidak wajar dicampur adukan"
sedangkan mereka
sudah lama mencampur adukan politik ke dalam sukan
terutamanya bola sepak di Malaysia yang ditunjangi
oleh FAM.Tidak salah jika saya mengatakan antara
faktor utama ranking Malaysia jatuh hingga ke 168
adalah disebabkan oleh politik..
oleh itu kita
sangat berharap pemimpin-pemimpin kita supaya bangkit
segera dari lamunan mimpi anda semua terutamanya
TPM kita Najib Tun Razak yang ingin
sangat melihat 'Chelsea beraksi di Malaysia.
Kalau ya pun nak tengok aksi Chelsea,pergilah ke sana
(barat London) melihat Chelsea beraksi..
kenapa perlu membawa
mereka kesini dan mengguris hatidan perasaan saudara
kita sendiri..
Saya bercakap disini bukan kerana saya peminat MU,
malah saya juga akan menentang kedatangan MU jika
pemain mereka juga terdiri dari warga
Israel,tetapi saya menulis disini kerana maruah
orang Islam sedang,akan dan akan terus digadaikan...
Fikir-fikirkanlah......

Wednesday, April 30, 2008



Klip video jaringan Paul Scholes pd minit ke 14 meranapkan terus sisa-sisa perjuangan Barca yg terlalu mengagung-agungkan Lionel Messi itu.Jaringan tersebut adalah diantara jaringan terbaik MU pada tahun 2008 ini..Adakah Victor Valdes yg tidak cekap sebagai keeper atau Scholes yg terlalu hebat untuk dikekang

Scholes fires United into final

A stunning goal from Paul Scholes gave Manchester United a 1-0 win over Barcelona to set up an all-English Champions League final against either Liverpool or Chelsea in Moscow. Scholes sent a trademark shot past goalkeeper Victor Valdes in the 14th minute of the semi-final, second leg at Old Trafford to give United a 1-0 aggregate victory.

Well done...
-We're in the Final again-
"As long we're unitedwe never ever loseas the red go marching on...
Glory-glory Man United...
Glory-glory Man United...
Glory-glory Man United..."

Tuesday, April 29, 2008

Bintang' Kedah sudah memadai



BARISAN Kedah bergambar bersama Sultan Kedah (tengah), Menteri Besar, Azizan Abdul Razak (berkopiah) pada majlis penyampaian trofi Liga Super di Stadium Darul Aman Sabtu lalu.


KEDAH tidak bercadang mendapatkan khidmat pemain pinjaman bagi menghadapi saingan Piala Malaysia musim ini.

Ketua jurulatihnya, Mohd. Azraai Khor Abdullah berkata, beliau yakin dengan kebolehan semua anak buahnya untuk mengemudi barisan pertahanan, tengah dan serangan skuad Kenari itu.

"Kita berpuas hati dengan prestasi pemain setakat ini dan adalah tidak adil untuk membelakangkan sesetengah pemain sekiranya pemain pinjaman digunakan.

"Usaha mereka membawa Kedah sehingga ke tahap ini sudah cukup meyakinkan saya," katanya ketika ditemui pada Mesyuarat Agung Kelab Penyokong Hijau Kuning (HKC) semalam.

Azraai berkata, beliau ada menerima panggilan daripada beberapa pemain bertaraf bintang yang menawarkan diri untuk membantu memantapkan jentera serangan pasukannya bagi menghadapi Piala Malaysia bermula Jun depan.

"Tapi saya kurang berkenan dengan pemain bertaraf bintang ini," katanya.

Kedah kini memberi tumpuan kepada usaha mempertahankan Piala FA dan Piala Malaysia selepas dinobatkan sebagai juara Liga Super bagi dua musim berturut-turut baru-baru ini.

Sekiranya Kedah berjaya mempertahankan semua kejuaraan tersebut, skuad Kenari akan menjadi pasukan pertama yang berjaya mengekalkan kejuaraan Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia untuk tempoh dua musim berturut-turut.

Ronaldo terbaik di England



RONALDO (kanan) menerima trofi selaku Pemain Terbaik PFA daripada pengurus United, Alex Ferguson di Manchester semalam.


LONDON - Kehebatan Cristiano Ronaldo sekali lagi mendapat pengiktirafan Persatuan Bola Sepak Profesional England (PFA).

Semalam, bintang tengah Manchester United itu dipilih selaku Pemain Terbaik PFA untuk tahun kedua-dua berturut-turut.

Dia yang kini telah merekodkan 38 gol dalam pelbagai kejohanan, berjaya menewaskan lima lagi calon lain termasuk dua bintang Liverpool, Fernando Torres dan Steven Gerrard, Cesc Fabregas, Emmanuel Adebayor dan penjaga gol Portsmouth, David James.

"Saya rasa sangat gembira," kata Ronaldo yang kini dalam persediaan untuk membantu United menjuarai gelaran Liga Perdana England dan Liga Juara-Juara.

"Apabila kamu bekerja dengan baik sepanjang musim, melakukan sesuatu untuk pasukan, kamu menyumbangkan sesuatu untuk pasukan dan kemudian pada penghujung musim PFA memberikan anugerah ini, saya rasa ia sangat hebat.

"Ia adalah suatu penghormatan dan satu keseronokan."

Sementara itu, pemain tengah Arsenal, Fabregas dipilih menerima anugerah Pemain Remaja Terbaik.

Menariknya, bintang Sepanyol itu berjaya menewaskan Ronaldo yang diletakkan sebagai calon pilihan selain Torres, Micah Richards, Gabriel Agbonlahor dan Ashley Young.

"Ini adalah trofi yang sangat berprestij dan saya bangga menerimanya," jelas Fabregas.

"Bola sepak adalah permainan yang kolektif dan kamu pasti bersedia untuk memenangi piala bersama rakan sepasukan. Namun, ia selalunya indah untuk menerima anugerah seperti ini."

Monday, April 28, 2008

Azraai tuntut tingkat prestasi



SULTAN Kedah menyampaikan trofi Liga Super kepada kapten Kedah, Bernad Huggin sambil disaksikan Menteri Besar, Azizan Abdul Razak (kiri) di Stadium Darul Aman kelmarin.


KETUA jurulatih Kedah, Mohd. Azraai Khor Abdullah menuntut anak buahnya terus mempertingkat prestasi bagi mengharungi baki saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Sekalipun telah bergelar juara Liga Super, Azraai tetap mahukan barisannya memperbaiki rentak permainan mereka.

Menurut Azraai, beliau tidak mahu aksi cemerlang pasukannya yang berjaya melakar sejarah dengan meraih gelaran juara Liga Super bagi musim kedua berturut-turut lenyap begitu sahaja.

"Kita mahu khususnya pemain muda terus berusaha mencari yang lebih baik selepas ini bagi mempertahankan rekod Kedah sebagai pasukan terbaik serta gelaran juara yang telah dimiliki.

"Saya rasa ia bukan perkara yang sukar untuk dilakukan jika pemain masih berada di landasan yang betul untuk berjuang demi sukan bola sepak negeri Kedah," kata Azraai kepada Kosmo! di Alor Star semalam.

Malam kelmarin juga menyaksikan barisan Kedah menerima trofi Liga Super yang disampaikan oleh Sultan Kedah, Tuanku Abdul Hamid Muadzam Shah.

Sebelum itu, Kedah menceriakan ribuan penyokong Hijau Kuning apabila mencatatkan kemenangan 1-0 ke atas Pahang di Stadium Darul Aman.

Pada perlawanan itu, jaringan tunggal Kedah dihasilkan bakal pemenang anugerah Kasut Emas, Marlon Alex James pada minit ke-10.

Jelas Azraai, beliau bangga melihat komit- men kesebelasan utama yang diturunkan dalam perlawanan tersebut kerana menyifatkan mereka berjaya memainkan peranan masing-masing dengan penuh tanggungjawab.

"Saya telah dapat kembali kesebelasan yang kuat seperti sebelum ini setelah masalah kecederaan menyerang hampir separuh kesebelasan utama.

"Cuma Victor Andrag sahaja yang masih cedera tetapi khidmatnya juga akan mungkin akan digunakan dalam masa terdekat selepas ini," ujarnya.