Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Monday, April 28, 2008

Azraai tuntut tingkat prestasi



SULTAN Kedah menyampaikan trofi Liga Super kepada kapten Kedah, Bernad Huggin sambil disaksikan Menteri Besar, Azizan Abdul Razak (kiri) di Stadium Darul Aman kelmarin.


KETUA jurulatih Kedah, Mohd. Azraai Khor Abdullah menuntut anak buahnya terus mempertingkat prestasi bagi mengharungi baki saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Sekalipun telah bergelar juara Liga Super, Azraai tetap mahukan barisannya memperbaiki rentak permainan mereka.

Menurut Azraai, beliau tidak mahu aksi cemerlang pasukannya yang berjaya melakar sejarah dengan meraih gelaran juara Liga Super bagi musim kedua berturut-turut lenyap begitu sahaja.

"Kita mahu khususnya pemain muda terus berusaha mencari yang lebih baik selepas ini bagi mempertahankan rekod Kedah sebagai pasukan terbaik serta gelaran juara yang telah dimiliki.

"Saya rasa ia bukan perkara yang sukar untuk dilakukan jika pemain masih berada di landasan yang betul untuk berjuang demi sukan bola sepak negeri Kedah," kata Azraai kepada Kosmo! di Alor Star semalam.

Malam kelmarin juga menyaksikan barisan Kedah menerima trofi Liga Super yang disampaikan oleh Sultan Kedah, Tuanku Abdul Hamid Muadzam Shah.

Sebelum itu, Kedah menceriakan ribuan penyokong Hijau Kuning apabila mencatatkan kemenangan 1-0 ke atas Pahang di Stadium Darul Aman.

Pada perlawanan itu, jaringan tunggal Kedah dihasilkan bakal pemenang anugerah Kasut Emas, Marlon Alex James pada minit ke-10.

Jelas Azraai, beliau bangga melihat komit- men kesebelasan utama yang diturunkan dalam perlawanan tersebut kerana menyifatkan mereka berjaya memainkan peranan masing-masing dengan penuh tanggungjawab.

"Saya telah dapat kembali kesebelasan yang kuat seperti sebelum ini setelah masalah kecederaan menyerang hampir separuh kesebelasan utama.

"Cuma Victor Andrag sahaja yang masih cedera tetapi khidmatnya juga akan mungkin akan digunakan dalam masa terdekat selepas ini," ujarnya.

No comments: