Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Tuesday, April 29, 2008

Ronaldo terbaik di England



RONALDO (kanan) menerima trofi selaku Pemain Terbaik PFA daripada pengurus United, Alex Ferguson di Manchester semalam.


LONDON - Kehebatan Cristiano Ronaldo sekali lagi mendapat pengiktirafan Persatuan Bola Sepak Profesional England (PFA).

Semalam, bintang tengah Manchester United itu dipilih selaku Pemain Terbaik PFA untuk tahun kedua-dua berturut-turut.

Dia yang kini telah merekodkan 38 gol dalam pelbagai kejohanan, berjaya menewaskan lima lagi calon lain termasuk dua bintang Liverpool, Fernando Torres dan Steven Gerrard, Cesc Fabregas, Emmanuel Adebayor dan penjaga gol Portsmouth, David James.

"Saya rasa sangat gembira," kata Ronaldo yang kini dalam persediaan untuk membantu United menjuarai gelaran Liga Perdana England dan Liga Juara-Juara.

"Apabila kamu bekerja dengan baik sepanjang musim, melakukan sesuatu untuk pasukan, kamu menyumbangkan sesuatu untuk pasukan dan kemudian pada penghujung musim PFA memberikan anugerah ini, saya rasa ia sangat hebat.

"Ia adalah suatu penghormatan dan satu keseronokan."

Sementara itu, pemain tengah Arsenal, Fabregas dipilih menerima anugerah Pemain Remaja Terbaik.

Menariknya, bintang Sepanyol itu berjaya menewaskan Ronaldo yang diletakkan sebagai calon pilihan selain Torres, Micah Richards, Gabriel Agbonlahor dan Ashley Young.

"Ini adalah trofi yang sangat berprestij dan saya bangga menerimanya," jelas Fabregas.

"Bola sepak adalah permainan yang kolektif dan kamu pasti bersedia untuk memenangi piala bersama rakan sepasukan. Namun, ia selalunya indah untuk menerima anugerah seperti ini."

No comments: