Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Tuesday, April 29, 2008

Bintang' Kedah sudah memadai



BARISAN Kedah bergambar bersama Sultan Kedah (tengah), Menteri Besar, Azizan Abdul Razak (berkopiah) pada majlis penyampaian trofi Liga Super di Stadium Darul Aman Sabtu lalu.


KEDAH tidak bercadang mendapatkan khidmat pemain pinjaman bagi menghadapi saingan Piala Malaysia musim ini.

Ketua jurulatihnya, Mohd. Azraai Khor Abdullah berkata, beliau yakin dengan kebolehan semua anak buahnya untuk mengemudi barisan pertahanan, tengah dan serangan skuad Kenari itu.

"Kita berpuas hati dengan prestasi pemain setakat ini dan adalah tidak adil untuk membelakangkan sesetengah pemain sekiranya pemain pinjaman digunakan.

"Usaha mereka membawa Kedah sehingga ke tahap ini sudah cukup meyakinkan saya," katanya ketika ditemui pada Mesyuarat Agung Kelab Penyokong Hijau Kuning (HKC) semalam.

Azraai berkata, beliau ada menerima panggilan daripada beberapa pemain bertaraf bintang yang menawarkan diri untuk membantu memantapkan jentera serangan pasukannya bagi menghadapi Piala Malaysia bermula Jun depan.

"Tapi saya kurang berkenan dengan pemain bertaraf bintang ini," katanya.

Kedah kini memberi tumpuan kepada usaha mempertahankan Piala FA dan Piala Malaysia selepas dinobatkan sebagai juara Liga Super bagi dua musim berturut-turut baru-baru ini.

Sekiranya Kedah berjaya mempertahankan semua kejuaraan tersebut, skuad Kenari akan menjadi pasukan pertama yang berjaya mengekalkan kejuaraan Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia untuk tempoh dua musim berturut-turut.

No comments: